Hampir setiap orang tentu pernah
mengalami sakit hati dalam hidupnya termasuk Sofyan.
Baik dalam keluarga, bersahabat,
mahupun bermasyarakat.
Sebagaimana sifat sedih dan
gembira, rasa ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia.
Apatah lagi, manusia adalah
mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari
kekhilafan.
Sebab-sebab datangnya perasaan ini
pun bermacam-macam.
Dari masalah yang simple
hingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya.
Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau
ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki.
Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati,
maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan
tidak akan ceria.
Lebih parah lagi, perkara ini
dapat menjauhkan manusia dari RabbNya.
Na’udzubillaahi mindzaalik.
Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa
kepada kita sendiri?
Antara petua – petua yang
diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :
1. Muhasabah Diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat
diri kita sendiri.
Mungkin kita sakit hati oleh
kata-kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti.
Cuba bertanya pada diri sendiri,
mengapa saudara kita bersikap demikian.
Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.
2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri
Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang yang menjadi pintu
bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan
tuli.
Bila tidak dilandaskan iman,
seorang yang berangan-angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk
mendapatkan apa yang dicitanya.
Demikian sifat iri hati dan dengki.
Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat
material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya
ada sifat ini.
Manusia juga tak akan pernah berasa
bersyukur, kerana selalu merasa kurang.
Dia selalu memandang ke atas, dan
seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya.
Maka hapuskanlah terlebih dahulu
sikap cintai dunia, sehingga dengki menghilang
Rasulullah bersabda,
“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang
diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan
orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya
dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).
3. Menjauhkan Diri dari Sifat
Amarah dan Keras Hati.
Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia
bertindak tanpa pertimbangan akal.
Jika akal sudah lemah, tinggallah
hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu
mempermainkan diri manusia.
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis
pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan
membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”
4. Memupuk Sifat Pemaaf.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang
ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf
terhadap hambaNya.
Tak kira sebesar gunung atau
sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan
sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah,
tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang
lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan
lebih terasa lapang.
Rasulullah bersabda,
“Bertakwalah kepada Allah di mana
engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan
tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan
akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).
5. Husnuzon (Berprasangka Baik).
Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari
prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan
janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian
kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu
memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik
kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).
Adakalanya seorang muslim berburuk
sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia
memperkecilkan orang lain.
Dia mengatakan macam-macam tentang
orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.
Tentu, perkara ini yang tidak benar.
Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap
titik-titik yang cenderung untuk memancing tuduhan, agar orang lain
tidak berburuk sangka kepadanya.
6. Ikhlaskan Diri.
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan.
Orang yang ikhlas dapat meniatkan
segala tindakannya kepada Allah.
Dia tidak memiliki jiwa yang
bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia
bersyukur.
Bila Allah mengujinya dengan
kesusahannya pun, dia bersabar.
Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang
terbaik kepada hambaNya.
Orang yang ikhlas akan lebih mudah
menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada
Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.
Memaafkan adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang
terindah,
Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan
yang tak terhingga.
Kadangkala, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat
hati kita disakiti oleh orang lain.
Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan
boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf..


Comments
Post a Comment